17 January 2013

The future me!

Assalamualaikum!






Hello saya tengah rajin nak type ni so baca je lah takpayah nak komen kbai.
Lately ai asik pikir je pasal result SPM. Kadang kadang bila malas nak fikir otak paksa pulak fikir. Bila nak fikir otak paksa pulak jangan fikir. Tak lama lagi putus la fuse otak haku ni. Anyway, tadi tiba tiba Umi ai cakap macam ni

Umi Hot: Tak nak jadi secretary ke Na?
Nina Cun: Secratary? *muka bongkak tahap daun keladi* Hmm tengoklah dulu keputusan Akna acano.
                Jadi cikgu tak boleh ke? Kan akna nak jadi cikgu.
Umi Hot: Takdelah, ni second choice lah kiranya. Nampak dah kriteria secretary ni kat kau. Kau hengat
               secretary ni tak pandai? Siap ada Hari Secretary lagi. Ngko tau kan????
Nina Cun: Tau tau..

Kalau dah buat dialog tu ase cam nak tampar je kan sebab mengaku diri sendiri cun hikhik. Okay senanya ai dah memang kena fikir pasal benda ni. Pasal future ai. Nanti kalau tak kerja bagus bagus mana nak dapat husband encem. Mana tau kalau jadi secretary boleh kawen dengan boss ke hahahahaha lawak okay.

Dulu masa sekolah rendah masa kengkawan semua panggil ai Afrina, kalau cikgu suruh isi cita cita dalam borang yang ada 3 column tu, first ai isi mesti polis. second askar, third bomba. Wakaka! Almaklumlah masa kecik2 dulu bajet tomboi sangat. Rambut kemain pendek. Tapi bila dah matang dan dewasa macam sekarang, cita cita ai mesti doktor. Atau nama saintifiknya, Gynaecologist iaitu doktor pakar sakit puan. Cita cita ni kekal sampai form four. Eh tak sampai awal tahun form 5. Tapi bila dah belajar benda benda Biology ni rasa macam nak kerat leher je asal aku boleh terfikir nak jadi doktor padahal doktor tu susah!! Ai sedih jugaklah nak tinggalkan cita cita tu tapi i terpaksa jugak T__T Sedihnya.

And sekarang, cita cita i dah tetap. Ai nak jadi............*drumroll*......An English Teacher with TESL Certificate. Semangat sungguh! Sebab jadi cikgu ni kena ikhlas, pahala pun banyak. Masa hari guru dapat hadiah banyak. hahah! Besides ramai okay yang menyokong. Umi dengan Ayah, adik beradik sahabat handai. Eh sweet lah! Lagipun ai ni kan suk bajet2 macam omputeh dengar lagu pun mana main lagu melayu hahahah lupa bangsa betul dahku nih. Maaf maaf.

Faktor lain I nak jadi an English Teacher:

  • Dapat mendidik anak bangsa
  • Dapat pahala, Umi kata
  • Dapat melawa macam cikgu jabatan Maths kat maktab
  • Dll...heheh
And second choice ai pulak.................MASSCOM. 
Taktau apa menatang ni? mass com ni ialah mass multimedia communication. Ai nak jugak jadi macam Syera Aiyob okay. I nak jugak femes hehehhehe. Agaknya memang dah sejak azali aku macam ni hmmmm. Seronok kan jadi femes. Kbai.

Then 3rd choice I nak jadi secretary macam Umi cakap tadi. Yang ni boleh jadi ticket for me to pursue my job field and be a famous pengacara! Kaaaan?? Setuju tak?? 

And 4th choice pulak I nak jadi stewardess. Hmmm tapi bak kata Umi kalau jadi stewardess ni sebelah kaki kat syurga sebelah kaki kat neraka. Yela, kan kena pakai kain belah. Taktau la sekarang acano kan. 

Jadi conclusionnya I sangat lah nak dapat result SPM yang cemerlang gemilang dan terbilang bak kata Pak Lah. Dokan saya kawan2. 

p/s: Sesiapa berangan nak kahwin dengan dahku kena jadi boss dulu. Pastu jadikan aku secretary. Kbai.