14 December 2011

Family Protocol

Assalamualaikum 



Hiiiiii! Taktau lah asal rajin sangat nak update sampai dua kali hari ni. Hmmm, okay suka hati aku lah kan. Just watched Bini-biniku Gangster! Tersangatlah best :') Yessss! Aku berjaya menjiwai watak Yana sebagai isteri pertama. Hewheww. No no aku tak pasang hajat nak ada madu ok. Cuma, aku memang suka la watak watak gangster macam ni. Sebab aku pun gangster. Ok pedehal. Aku Google pasal Yana tadi, birthday dia 25th September bro! Wa 24 September! Wuwuwuwuwuuuu memang ada chemistry antara kami ok :D


Hmmmm, sedih kan jadi aku T_T Aku nak bagi satu rahsia ni. Ok maybe takdalah rahsia mana pun :) Certain people dah tau, aku kan tak kan pernah kan jejak kan kaki kan dekat kan cinema kan. Sedih kaaaaaan. Hmmmmm, for me, takde lah sedih mana, sebab aku memang dah di didik dengan cara yang  penuh dengan adat dan tradisi * ayat memang tak boleh blah -_- * But, seriously, siblings aku memang tak pernah dibenarkan untuk ke panggung wayang walaupun sungguh dekat semeter dari rumah ataupun MBO dekat Melaka Mall atau MP atau kat JJ baru tu. Bagus kan cara Umi dan Ayah mendidik kami 3 serangkai anak dara, rasa macam princess la pulak kadang kadang tu kan. Ok perasan.Clap clap! :) InsyaAllah, tradisi ini akan kukekalkan sehingga ke anak cucu. Habis la siapa jadi anak aku. Muehehe :p


Nak tau kenapa Umi dengan Ayah sangat melarang kitorang keluar rumah tanpa diorang? Tak boleh hangout dengan kawan kawan walaupun Umi kenal siapa dan jarang pergi kenduri kahwin kawan diorang? Nak tau? Nak tau? 


Sebaaaaaaaaab, Umi kata * Ayah pun sama * anak-anak dara Umi ni tak boleh ditunjuk-tunjuk kat orang sebaaaaaaaaaab, nanti bila dah kitorang dah besar, dah berjaya, dah ada kereta bebeso * nak beso mana aku pun tak tau -_- *, belajar kat oversea, kahwin dengan mat saleh * tak naaaaaaak! *, barulah orang rasa IMPRESSIVE bila nampak kitorang! Mesti diorang cakap cmnih "Anak dak Choie tu lelawo omey omey. Suami pun encem" Hihi saya rasa sangat ohsemm. Dan kitorang pun akan rasa sangat ohsemm dan kemudian hidup bahagia dengan nama yang sangat harum kerana mereka dipuji sebab pandai jaga anak. It's maybe kolot for some people, but hey, like seriously, nowadays memang ramai orang yang suka take advantage kat teenagers okay. So, bahaya kalau keluar sana sini tak tentu hala. Kadang kadang, even kawan/boyfriend or sesape je lah yang kita anggap macam sangat penting, diorang pun tak boleh percaya. Trust me, its truely happened out there. Just be aware :) 


Lepas SPM tak boleh kerja. Acano?
Umi cakap, kena khatam Quran lagi and belajar masak -__- kenapa aku tak dilahirkan dengan perasaan nak memasak? Huwaaaa T_T 


Kadang kadang memang aku rasa cam;


"@#$%^&* Asal aku tak pernah diberi kebebasan untuk memilih jalanku sendiri?! * mainwayang je lebih *"

"Eiiimenyampahdulumasadiamudamudamaintanahmainkejarkejarkatluarnenekkatadiatekpernahnakmarahpastubilaakudahbesodiapulaknakcontrolakumenyampahsiotisshhhhmenyirapkjhdjndsknckjdkwjdwblablabla..."

"Peh menyirap sial dah elok elok aku plan adoyai spoil sial eeeeyyy nasib baik kau bla bla bla"

Memang, memang aku mengaku, memang ada ok. Memang teruk la Afrina ni. Hishhh. Tapi nak buat macamana kan, jiwa remaja yang membuak buak keghairahan nak merasa lepak dengan boyfriend dan member member super best in shopping. Siapa taknak angkat tangan meh aku lempang lelaju. Tapi bila Umi dengan Ayah tak suka, tak bagi, tak restu, nak buat macamana kan :) Kita mesti dengar cakap mak ayah sampai bila bila. Tapi bila ada suami tu aku tak tau lah pulak -_- 




Thank you Allah for making me simply from your path, and i'm trying to follow it correctly without any mistakes, please help me Ya Allah :') 

Much Love, Afrina Hi ^^